Friday 14 October 2016

Berita MSA 14/10/2016

Hari Jumaat yang mulia ini,kita telah menerima berita baik berkenaan pembinaan Masjid Setia Alam. Pagi tadi Ustaz Hassan (Pengerusi Pembinaan Masjid Setia Alam) telah mempengerusikan Mesyuarat Teknikal di JPBD Negeri Selangor untuk makluman semua Ust Hassan merupakan Timb.Pengarah JPBD Negeri Selangor, Atas usaha semua AJK lama dan baru serta berkat doa penduduk Islam Setia Alam, pewakaf/penyumbang pembinaan Masjid Setia Alam, pelan pembinaan Masjid Setia Alam telah diluluskan dan tender akan di keluarkan pada minggu hadapan.
Pelan pembinaaan Masjid Setia Alam telah di luluskan di bawah Seksyen 20A akta Perancangan Bandar. Insya Allah dalam masa terdekat ini akan di uruskan majlis pecah tanah untuk memulakan projek ujar Ust Hassan. En Rushdan (Timb.Pengerusi Pembinaan Masjid Setia Alam) berkata Masjid Setia Alam ini akan menjadi bukti kekuatan umat Islam di Setia Alam sebagaimana strategi Rasulullah SAW membina Masjid Quba, ujar beliau lagi selepas 2014 saiz masjid di kecilkan sedikit disebabkan kos yang meningkat sekali ganda untuk Fasa 1, kita masih ada Fasa seterusnya dan beliau berharap sumbangan akan terus di terima bagi mengurangkan peningkatan kos pembinaan di masa akan datang.
Untuk makluman anda, kapasiti Masjid Setia Alam dapat memuatkan 2500 jemaah. Fasa-fasa yang lain adalah seperti berikut Fasa 1 Bangunan Masjid, Fasa 2 Dewan Serbaguna, Fasa 3 Bangunan Pengajian dan Fasa 4 Kuaters. Sedikit perubahan reka bentuk/pelan dilakukan antaranya warna kubah, penambahan ruang solat dan satu menara.
Sekali lagi di ucapkan syukur kepada ALLAH SWT dan memohon kepadaNya semoga di permudahkan segala rancangan dan usaha membangunkan syiar Islam di Bandar Setia Alam. Terima Kasih juga kepada Alizar Arkitek atas reka bentuknya dan juga konsultant yang terlibat dalam usaha pembinaan Masjid Setia Alam. Teruskan berwakaf dan sumbangan tuan/puan kepada pembinaan Masjid Setia Alam. Jazakallahu khairan katsiran.
ALLAHUAKBAR!!!





No comments:

Post a Comment