Friday 21 April 2017

20/4/2017

Persiapan Majlis Pecah Tanah, mercu tanda umat Islam Bandar Setia Alam bakal di bina, syukur padaMu Ya ALLAH.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: 1 person, sky and outdoor

18/4/2017

Persediaan Majlis Pecah Tanah Sabtu ini. Perbincangan dan pertemuan bersama Pihak JKR Daerah Petaling, Alizar Architect,Kontraktor, Konsultan dan AJK MASJID.

Image may contain: 5 people, people sitting

Image may contain: one or more people, people standing, car, sky, cloud and outdoor

Image may contain: 7 people, people standing, tree and outdoor

Sunday 16 April 2017

Semua dijemput hadir

Image may contain: 1 person, text

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid bersama JAIS dan Kontraktor

14/4/2017 AJK pembinaan Masjid bersama pihak JAIS telah bermesyuarat penyelarasan majlis pecah tanah pembinaan Masjid Setia Alam yang akan berlangsung pada 22 April 2017. Selepas mesyuarat semua AJK dan JAIS turun ke tapak masjid untuk mengatur posisi khemah dan acara pecah tanah. Semoga apa yang dirancang mendapat rahmat dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Image may contain: 1 person, sitting, living room, table and indoor

Image may contain: one or more people, people standing, tree, outdoor and nature

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid bersama Pengerusi Surau2 di Setia Alam

Mesyuarat Persiapan Majlis Pecah Tanah Masjid Setia Alam. 11 April 2017 di Surau An Nur Setia Eco Park. Kehadiran AJK Pembinaan Masjid dan wakil Surau-surau Kariah Setia Alam. Majlis Pecah Tanah akan berlangsung pada 22 April 2017 Sabtu jam 9.00 pagi di Tapak Masjid. Moga Allah permudahkan urusan majlis tersebut. Semua dijemput hadir.

Image may contain: 2 people, people sitting and tableImage may contain: 11 people, people sitting

Papan tanda Pembinaan

Alhamdulillah

Majlis pecah tanah akan di adakan pada 22/4/2017 Sabtu pagi. Majlis akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Azmin Ali (MB SELANGOR). Seluruh kariah di jemput hadir memeriahkan majlis.

Image may contain: outdoor and nature

Perjumpaan Santai bersama Dato' MB Selangor

24 Mac 2017
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Setia Alam telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih atas prihatin Kerajaan Negeri Selangor kepada Warga Muslim Setia Alam.
Proses pembinaan Fasa 1 akan dibuat dalam masa terdekat.
Dana untuk pembangunan fasa seterusnya masih dibuka.
Tahniah buat warga Muslim Setia Alam.
Image may contain: 6 people, people sitting and indoor

Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor

Monday 20 February 2017

Kursus Pengurusan dan Pentadbiran

Alhamdulillah Pentadbiran Masjid/SLAH telah hadir Kursus Sehari Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid/Surau anjuran Wadah Selangor dan JAIS. Turut bersama Pengerusi Surau Ar-Raudhah Setia Indah En Hashrul.
*Memantapkan Pengurusan
*Pusat Ilmu
*Masjid sebagai One Stop Centre
*Menjaga kebajikan ahli kariah/non-muslim
*Mengikut arus pemodenan





Thursday 1 December 2016

Mesyuarat Pengerusi-pengerusi Surau Setia Alam bersama PERSALAM

Mesyuarat pengerusi-pengerusi surau Setia Alam di bawah naungan Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM).
Senarai Surau di Setia Alam :
- Surau Luqman Al-Hakim Setia Impian 2&4 (HQ/Solat JUMAAT).
- Surau As-Salam Setia Damai (Solat JUMAAT).
- Surau Ar-Raudhah Setia Indah 11.
- Surau Al-Mukhlisin Aprt Semarak.
- Surau An-Nur Setia Eco Park.
- Surau Ar-Rayyan Aprt Akasia.
- Surau Al-Ihsan Alam Nusantara.
- Surau Al-Fattah Setia Indah 12.
- Surau Seroja Aprt Seroja.
- Surau Ar-Raihan Setia Impian 7.
- Surau Al-Hidayah Aprt Seri Jati.
- Surau Ar-Rahman Aprt Seri Baiduri.




 Perjumpaan melibatkan beberapa pengerusi lama dengan penambahan pengerusi baru yang dilantik mewakili beberapa surau baru pada AGM wajib oleh JAIS baru-baru ni.

Mesyuarat bermula dengan sesi taaruf dan diisi dengan beberapa agenda.


Antaranya ialah masalah berkaitan surau masing-masing. Termasuk kepada pematuhan beberapa prosedur dan sensitiviti masyarakat setempat. Juga keperluan penduduk Islam menyertai program anjuran PERSALAM dan surau.

Juga perbincangan mengenai keperluan diadakan Hari Keluarga Penduduk Islam bagi merapatkan ukhwah antara penduduk Islam di Setia Alam.

Friday 14 October 2016

Berita MSA 14/10/2016

Hari Jumaat yang mulia ini,kita telah menerima berita baik berkenaan pembinaan Masjid Setia Alam. Pagi tadi Ustaz Hassan (Pengerusi Pembinaan Masjid Setia Alam) telah mempengerusikan Mesyuarat Teknikal di JPBD Negeri Selangor untuk makluman semua Ust Hassan merupakan Timb.Pengarah JPBD Negeri Selangor, Atas usaha semua AJK lama dan baru serta berkat doa penduduk Islam Setia Alam, pewakaf/penyumbang pembinaan Masjid Setia Alam, pelan pembinaan Masjid Setia Alam telah diluluskan dan tender akan di keluarkan pada minggu hadapan.
Pelan pembinaaan Masjid Setia Alam telah di luluskan di bawah Seksyen 20A akta Perancangan Bandar. Insya Allah dalam masa terdekat ini akan di uruskan majlis pecah tanah untuk memulakan projek ujar Ust Hassan. En Rushdan (Timb.Pengerusi Pembinaan Masjid Setia Alam) berkata Masjid Setia Alam ini akan menjadi bukti kekuatan umat Islam di Setia Alam sebagaimana strategi Rasulullah SAW membina Masjid Quba, ujar beliau lagi selepas 2014 saiz masjid di kecilkan sedikit disebabkan kos yang meningkat sekali ganda untuk Fasa 1, kita masih ada Fasa seterusnya dan beliau berharap sumbangan akan terus di terima bagi mengurangkan peningkatan kos pembinaan di masa akan datang.
Untuk makluman anda, kapasiti Masjid Setia Alam dapat memuatkan 2500 jemaah. Fasa-fasa yang lain adalah seperti berikut Fasa 1 Bangunan Masjid, Fasa 2 Dewan Serbaguna, Fasa 3 Bangunan Pengajian dan Fasa 4 Kuaters. Sedikit perubahan reka bentuk/pelan dilakukan antaranya warna kubah, penambahan ruang solat dan satu menara.
Sekali lagi di ucapkan syukur kepada ALLAH SWT dan memohon kepadaNya semoga di permudahkan segala rancangan dan usaha membangunkan syiar Islam di Bandar Setia Alam. Terima Kasih juga kepada Alizar Arkitek atas reka bentuknya dan juga konsultant yang terlibat dalam usaha pembinaan Masjid Setia Alam. Teruskan berwakaf dan sumbangan tuan/puan kepada pembinaan Masjid Setia Alam. Jazakallahu khairan katsiran.
ALLAHUAKBAR!!!





Monday 5 September 2016

World Quran Hour 2016

Berita MSA
World Quran Hour anjuran Muslimah Surau "Jumaat"Luqman Al-Hakim Setia Impian 2&4 Setia Alam yang dijalankan baru-baru ini. #quranhour