Thursday 1 December 2016

Mesyuarat Pengerusi-pengerusi Surau Setia Alam bersama PERSALAM

Mesyuarat pengerusi-pengerusi surau Setia Alam di bawah naungan Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM).
Senarai Surau di Setia Alam :
- Surau Luqman Al-Hakim Setia Impian 2&4 (HQ/Solat JUMAAT).
- Surau As-Salam Setia Damai (Solat JUMAAT).
- Surau Ar-Raudhah Setia Indah 11.
- Surau Al-Mukhlisin Aprt Semarak.
- Surau An-Nur Setia Eco Park.
- Surau Ar-Rayyan Aprt Akasia.
- Surau Al-Ihsan Alam Nusantara.
- Surau Al-Fattah Setia Indah 12.
- Surau Seroja Aprt Seroja.
- Surau Ar-Raihan Setia Impian 7.
- Surau Al-Hidayah Aprt Seri Jati.
- Surau Ar-Rahman Aprt Seri Baiduri.




 Perjumpaan melibatkan beberapa pengerusi lama dengan penambahan pengerusi baru yang dilantik mewakili beberapa surau baru pada AGM wajib oleh JAIS baru-baru ni.

Mesyuarat bermula dengan sesi taaruf dan diisi dengan beberapa agenda.


Antaranya ialah masalah berkaitan surau masing-masing. Termasuk kepada pematuhan beberapa prosedur dan sensitiviti masyarakat setempat. Juga keperluan penduduk Islam menyertai program anjuran PERSALAM dan surau.

Juga perbincangan mengenai keperluan diadakan Hari Keluarga Penduduk Islam bagi merapatkan ukhwah antara penduduk Islam di Setia Alam.

Friday 14 October 2016

Berita MSA 14/10/2016

Hari Jumaat yang mulia ini,kita telah menerima berita baik berkenaan pembinaan Masjid Setia Alam. Pagi tadi Ustaz Hassan (Pengerusi Pembinaan Masjid Setia Alam) telah mempengerusikan Mesyuarat Teknikal di JPBD Negeri Selangor untuk makluman semua Ust Hassan merupakan Timb.Pengarah JPBD Negeri Selangor, Atas usaha semua AJK lama dan baru serta berkat doa penduduk Islam Setia Alam, pewakaf/penyumbang pembinaan Masjid Setia Alam, pelan pembinaan Masjid Setia Alam telah diluluskan dan tender akan di keluarkan pada minggu hadapan.
Pelan pembinaaan Masjid Setia Alam telah di luluskan di bawah Seksyen 20A akta Perancangan Bandar. Insya Allah dalam masa terdekat ini akan di uruskan majlis pecah tanah untuk memulakan projek ujar Ust Hassan. En Rushdan (Timb.Pengerusi Pembinaan Masjid Setia Alam) berkata Masjid Setia Alam ini akan menjadi bukti kekuatan umat Islam di Setia Alam sebagaimana strategi Rasulullah SAW membina Masjid Quba, ujar beliau lagi selepas 2014 saiz masjid di kecilkan sedikit disebabkan kos yang meningkat sekali ganda untuk Fasa 1, kita masih ada Fasa seterusnya dan beliau berharap sumbangan akan terus di terima bagi mengurangkan peningkatan kos pembinaan di masa akan datang.
Untuk makluman anda, kapasiti Masjid Setia Alam dapat memuatkan 2500 jemaah. Fasa-fasa yang lain adalah seperti berikut Fasa 1 Bangunan Masjid, Fasa 2 Dewan Serbaguna, Fasa 3 Bangunan Pengajian dan Fasa 4 Kuaters. Sedikit perubahan reka bentuk/pelan dilakukan antaranya warna kubah, penambahan ruang solat dan satu menara.
Sekali lagi di ucapkan syukur kepada ALLAH SWT dan memohon kepadaNya semoga di permudahkan segala rancangan dan usaha membangunkan syiar Islam di Bandar Setia Alam. Terima Kasih juga kepada Alizar Arkitek atas reka bentuknya dan juga konsultant yang terlibat dalam usaha pembinaan Masjid Setia Alam. Teruskan berwakaf dan sumbangan tuan/puan kepada pembinaan Masjid Setia Alam. Jazakallahu khairan katsiran.
ALLAHUAKBAR!!!





Monday 5 September 2016

World Quran Hour 2016

Berita MSA
World Quran Hour anjuran Muslimah Surau "Jumaat"Luqman Al-Hakim Setia Impian 2&4 Setia Alam yang dijalankan baru-baru ini. #quranhour





Wednesday 18 May 2016

BERITA MSA

Berita MSA
19/5/2016. Alhamdulillah, pagi tadi AJK Pembinaan Masjid Setia Alam hadir ke pejabat JAIS untuk membincangkan tanah perkuburan Islam dan Masjid Setia Alam. Tanakh perkuburan akan di bangunkan oleh JAIS dan Untuk makluman semua jemaah, TENDER PEMBINAAN MASJID SETIA ALAM akan di keluarkan pada bulan OGOS/SEPT 2016 insya ALLAH atas berkat doa dan kesungguhan semua untuk menegakkan syiar Islam di Bandar Setia Alam akan menjadi kenyataan. Alhamdulillah.