Sunday 25 October 2015

Berita MSA

Komitmen daripada semua pengerusi surau di Setia Alam yg kini telah ada 12 surau di sini yg bermusyawarah demi kesejahteraan Umat Islam di Setia Alam dan kemudiannya penjenamaan Surau Ar-Raihan sebagai Surau Pendidikan sejajar dengan fokus PERSALAM menjadikan satu surau satu kepakaran. Perancangan mobilisasi aktiviti setiap surau turut di bincangkan.

Pengerusi PERSALAM En Rushdan memulakan mesyuarat antara 12 Pengerusi Surau di Setia Alam

Antara pengerusi surau yang hadir.

24-10-2015

Berbuka puasa sunat, Solat Hajat dan Doa Selamat di Surau Luqman Al-Hakim Impian 2 & 4 :
- sempena 10 muharram 1437
- bajet pembentangan pembinaan Masjid Setia Alam di DUN pada 30 Oktober 2015.
- peperiksaan SPM dan STAM
- isu cuaca jerebu.




Wednesday 7 October 2015

PROGRAM KESENIAN ISLAM 2015 (JASA / PERSALAM)



Pertandingan melukis Masjid, Mewarna dan Menulis Jawi (rendah/Menengah).

Syarat Peserta : Berumur 5 hingga 17 tahun.

Kategori Mewarna : 5 - 12 tahun.

Kategori Melukis : 13 - 17 tahun.

Kategori Tulisan Jawi (Rendah) : 7 - 12 tahun.

Kategori Tulisan Jawi (Menengah) : 13 - 17 tahun.

(SILA BAWA ALATAN MEWARNA DAN MELUKIS)

Hadiah bagi semua kategori :

Tempat pertama : RM 200 + Sijil
Tempat Ke 2 : RM 150 + Sijil
Tempat Ke 3 : RM 100 + Sijil
Tempat ke 4 & 5 : RM 50 + Sijil

2 Hadiah cabutan bertuah untuk di menangi.............Kemasukan percuma.................Jom ajak anak anda sertainya.......

Tempat : Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Impian 4, Setia Alam, 40170 Shah Alam.

Masa : 8.30 pagi.

Tarikh : 21 / 11 /2015.

Pendaftaran boleh di buat di Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Impian, Surau "Jumaat" As-Salam Setia Indah, Surau Al-Ihsan Nusantara, Surau Al-Mukhlisin Setia Semarak, Surau Seroja, Surau Ar-Raudhah Setia Indah.

Anjuran : Jaringan Anak Muda Setia Alam (JASA) dan Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM).

Kerjasama : Persatuan Pencinta Jawi Selangor (PENJAWIS) dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan.

Penaja : Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Alam.

Maklumat lanjut sila pm di FB PERSALAM dan MASJID SETIA ALAM (official).