Tuesday 28 October 2014

Menanda Arah Kiblat

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Selangor telah menerima permohonan AJK Pembinaan Masjid Setia Alam bagi menandakan arah kiblat di tapak pembinaan Masjid pada 11.30 pagi 28/10/2014.






Thursday 23 October 2014

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Setia Alam

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Setia Alam 20/10/2014
Antara yang di mesyuaratkan :-
-Penubuhan AJK Kecil yang baru (Pembinaan, Dana dan Sekretariat).
-Status tarikh kelulusan pembinaan dar MBSA untuk menjalankan kerja-kerja awal.
-Mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Shah Alam.
-Membincangkan pembukaan tender.
-Mengadakan aktiviti berterusan di tapak Pembinaan Masjid untuk menambah dana seperti Kabut Sale.

Sumber dari MSA at Surau Jamek As Salam, Setia Damai.



Friday 17 October 2014

Pembinaan MAsjid Setia Alam 2

Alhamdulillah, Kali ini AJK Pembinaan Masjid Setia Alam telah bertemu dengan Menteri Besar Selangor Tuan Mohamed Azmin Ali di Masjid Kampung Raja Uda Port Klang bagi menyerahkan profail dan penerangan ringkas berkenaan usaha pembinaan Masjid Setia Alam. YAB MB memberi maklum balas yang amat positif, kebetulan ucapan beliau sebelum pertemuan AJK adalah menyentuh soal penambahbaikan masjid-masjid di Negeri Selangor. AJK Pembinaan Masjid Setia Alam akan mengadakan lawatan susulan ke Pejabat MB Selangor bagi memberi penerangan dan kertas kerja yang lebih terperinci. Insya Allah dengan sokongan MB Selangor, pembinaan Masjid Setia Alam akan berjalan dengan segera dan lancar.
Sumber dari MSA at Kampung Raja Uda Port Klang.



Pembinaan Masjid Setia Alam

Alhamdulillah, AJK Pembinaan Masjid Setia Alam telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Ir Iskandar Samad selaku (EXCO Perumahan,Pengurusan Bangunan & Kehidupan Bandar) bagi membincangkan hal berkaitan pembinaan Masjid Setia Alam. YB EXCO memberi maklum balas yang positif. Lawatan susulan akan di buat selepas ini dengan kertas kerja yang lebih terperinci. Turut sama dalam perbincangan ialah Dato' Kamarulzaman Jamil (Pengarah Tanah & Galian Selangor).

Sumber dari MSA
 — at SUK Selangor