Sunday 25 October 2015

Berita MSA

Komitmen daripada semua pengerusi surau di Setia Alam yg kini telah ada 12 surau di sini yg bermusyawarah demi kesejahteraan Umat Islam di Setia Alam dan kemudiannya penjenamaan Surau Ar-Raihan sebagai Surau Pendidikan sejajar dengan fokus PERSALAM menjadikan satu surau satu kepakaran. Perancangan mobilisasi aktiviti setiap surau turut di bincangkan.

Pengerusi PERSALAM En Rushdan memulakan mesyuarat antara 12 Pengerusi Surau di Setia Alam

Antara pengerusi surau yang hadir.

24-10-2015

Berbuka puasa sunat, Solat Hajat dan Doa Selamat di Surau Luqman Al-Hakim Impian 2 & 4 :
- sempena 10 muharram 1437
- bajet pembentangan pembinaan Masjid Setia Alam di DUN pada 30 Oktober 2015.
- peperiksaan SPM dan STAM
- isu cuaca jerebu.




Wednesday 7 October 2015

PROGRAM KESENIAN ISLAM 2015 (JASA / PERSALAM)



Pertandingan melukis Masjid, Mewarna dan Menulis Jawi (rendah/Menengah).

Syarat Peserta : Berumur 5 hingga 17 tahun.

Kategori Mewarna : 5 - 12 tahun.

Kategori Melukis : 13 - 17 tahun.

Kategori Tulisan Jawi (Rendah) : 7 - 12 tahun.

Kategori Tulisan Jawi (Menengah) : 13 - 17 tahun.

(SILA BAWA ALATAN MEWARNA DAN MELUKIS)

Hadiah bagi semua kategori :

Tempat pertama : RM 200 + Sijil
Tempat Ke 2 : RM 150 + Sijil
Tempat Ke 3 : RM 100 + Sijil
Tempat ke 4 & 5 : RM 50 + Sijil

2 Hadiah cabutan bertuah untuk di menangi.............Kemasukan percuma.................Jom ajak anak anda sertainya.......

Tempat : Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Impian 4, Setia Alam, 40170 Shah Alam.

Masa : 8.30 pagi.

Tarikh : 21 / 11 /2015.

Pendaftaran boleh di buat di Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Impian, Surau "Jumaat" As-Salam Setia Indah, Surau Al-Ihsan Nusantara, Surau Al-Mukhlisin Setia Semarak, Surau Seroja, Surau Ar-Raudhah Setia Indah.

Anjuran : Jaringan Anak Muda Setia Alam (JASA) dan Persatuan Komuniti Islam Setia Alam U13 (PERSALAM).

Kerjasama : Persatuan Pencinta Jawi Selangor (PENJAWIS) dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan.

Penaja : Surau "Jumaat" Luqman Al-Hakim Setia Alam.

Maklumat lanjut sila pm di FB PERSALAM dan MASJID SETIA ALAM (official).

Thursday 12 March 2015

Mesyuarat di JAIS

AJK Pembinaan Masjid Setia Alam yang hadir dalam Mesyuarat Penyelarasan di JAIS. Tender Masjid akan di buka bulan Oktober 2015 dan pembinaan akan bermula Januari 2016. Di selia sepenuhnya oleh JKR Negeri.





Keputusan Mesyuarat JAIS dan JKR

12/3/2015 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi, hasil berkat doa semua, sebentar tadi tamat sudah mesyuarat penyelarasan pembinaan Masjid Setia Alam di JAIS. Hasil perbincangan dengan pihak JAIS dan JKR Negeri amatlah positif. Menurut JKR, Pembinaan Masjid Setia Alam akan mengikut pelan cadangan reka bentuk asal dengan sedikit pindaan. Tahun ini juga proses dokumentasi akan di buat, jangkaan tender akan di buka pada bulan Oktober 2015, pembinaan akan bermula Januari 2016. Pihak Kerajaan Negeri dan JKR bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM 15 juta bagi pembinaan Fasa 1 iaitu Bangunan Masjid. Perubahan ini di sebabkan oleh penggunaan Dana JKR Negeri. Sujud syukur.
Sumber MSA

Tuesday 20 January 2015

Berita AJK Bertindak Tanah Perkuburan Islam Setia ALam

Bersemangat!!! itu yang boleh di gambarkan pada AJK Bertindak Tanah Perkuburan Islam Setia Alam apabila turun padang pada waktu malam meninjau tapak kubur. Moga mereka mendapat redha ALLAH SWT. Doa dipermudahkan usaha. 

Sumber AJK MSA



Monday 19 January 2015

Berita AJK TANAH PERKUBURAN ISLAM SETIA ALAM

Alhamdulillah, Pada 16/1/2015 selesai sudah perbincangan AJK Bertindak Tanah Perkuburan Islam Setia Alam dengan Pihak JAIS. Untuk makluman anda, tanah perkuburan Islam Setia Alam telah di wartakan oleh YAB Dato Menteri Besar seluas 45 ekar di atas lot tanah 2720 pada Jun 2009. Tindakan seterusnya Pihak JAIS akan mengusulkan perkara ini kepada PAID (Pejabat Agama Islam Daerah). Doa dipermudahkan usaha.

Berita AJK DANA MASJID SETIA ALAM

Pendekatan AJK Dana Masjid dengan memberi belon percuma kepada kanak-kanak tidak kira bangsa dan agama. Alhamdulillah mendapat respon positif dan usaha murni ini akan di teruskan untuk mengubah persepsi masyarakat "Non Muslim" kepada Masjid dan Islam. ISLAM is for ALL.