Thursday 12 March 2015

Mesyuarat di JAIS

AJK Pembinaan Masjid Setia Alam yang hadir dalam Mesyuarat Penyelarasan di JAIS. Tender Masjid akan di buka bulan Oktober 2015 dan pembinaan akan bermula Januari 2016. Di selia sepenuhnya oleh JKR Negeri.





Keputusan Mesyuarat JAIS dan JKR

12/3/2015 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi, hasil berkat doa semua, sebentar tadi tamat sudah mesyuarat penyelarasan pembinaan Masjid Setia Alam di JAIS. Hasil perbincangan dengan pihak JAIS dan JKR Negeri amatlah positif. Menurut JKR, Pembinaan Masjid Setia Alam akan mengikut pelan cadangan reka bentuk asal dengan sedikit pindaan. Tahun ini juga proses dokumentasi akan di buat, jangkaan tender akan di buka pada bulan Oktober 2015, pembinaan akan bermula Januari 2016. Pihak Kerajaan Negeri dan JKR bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM 15 juta bagi pembinaan Fasa 1 iaitu Bangunan Masjid. Perubahan ini di sebabkan oleh penggunaan Dana JKR Negeri. Sujud syukur.
Sumber MSA