Wednesday 19 November 2014

Perjumpaan Pembangunan JAIS

AJK MSA bertemu En. Mohd Azam Timb. Pengarah Pembangunan JAIS bagi membincangkan pembinaan Masjid Setia Alam, mendapatkan dana dari projek Masjid yang di batalkan dan di usul ke UPEN (Unit Perancang Kewangan Negeri). Moga segalanya berjalan lancar dan mendapat keredhaan dari ALLAH SWT.

Monday 17 November 2014

Mesyuarat AJK PEMBINAAN MSA

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Setia Alam di Surau An-Nur Setia Eco Park 17/11/2014. Antara yang di bincangkan :
- Arah tuju AJK untuk memilih sama ada JKR atau Arkitek untuk melakukan kerja pembinaan MSA.
- AJK bersetuju jika memilih JKR Negeri reka bentuk MSA akan bertukar kepada "spec" JKR. Jika mahu reka bentuk sedia ada perlu mendapat persetujuan arkitek dan seterusnya JKR.
- Mempercepatkan pembinaan Masjid Setia Alam seawal bulan Mac 2015 dan selewatnya bulan Mei 2015 jika tiada apa yang menghalang.
- Pembinaan MSA mendapatkan bantuan dana kerajaan di persetujui Kewangan Kerajaan Negeri Selangor dan pembinaan MSA akan selia sepenuhnya oleh JKR.
- Pihak JAIS bersetuju membawa ke Jabatan UPEN untuk mempercepatkan proses pembinaan MSA.
- Mengedar tabung dana pembinaan MSA ke 12 Restoran di Bandar Setia Alam, Stesen Minyak dan mendapat kerjasama Masjid-masjid sekitar.
- Memasang papan tanda baru di tapak MSA.
- Program Dana Masjid di tapak Masjid pada bulan Disember 2014.




Mesyuarat Pembinaan Masjid Setia Alam

Mesyuarat di Pejabat Darul Ehsan mengenai Pembinaan Masjid Setia Alam bersama pihak JKR Negeri Selangor, MBSA, dan Kerajaan Negeri. Mendapat bantuan kerajaan dan pembinaan MSA akan di selia sepenuhnya oleh JKR Negeri.