Monday 1 December 2014

Tabung Rasmi Pembinaan Masjid Setia Alam telah di edarkan di semua restoran Muslim di Bandar Setia Alam. Stesen Minyak SHELL dan PETRONAS sedang di proses. Sekiranya anda ternampak tabung ini, berilah sumbangan seikhlas hati anda untuk Pembinaan Masjid kita.

Wednesday 19 November 2014

Perjumpaan Pembangunan JAIS

AJK MSA bertemu En. Mohd Azam Timb. Pengarah Pembangunan JAIS bagi membincangkan pembinaan Masjid Setia Alam, mendapatkan dana dari projek Masjid yang di batalkan dan di usul ke UPEN (Unit Perancang Kewangan Negeri). Moga segalanya berjalan lancar dan mendapat keredhaan dari ALLAH SWT.

Monday 17 November 2014

Mesyuarat AJK PEMBINAAN MSA

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Setia Alam di Surau An-Nur Setia Eco Park 17/11/2014. Antara yang di bincangkan :
- Arah tuju AJK untuk memilih sama ada JKR atau Arkitek untuk melakukan kerja pembinaan MSA.
- AJK bersetuju jika memilih JKR Negeri reka bentuk MSA akan bertukar kepada "spec" JKR. Jika mahu reka bentuk sedia ada perlu mendapat persetujuan arkitek dan seterusnya JKR.
- Mempercepatkan pembinaan Masjid Setia Alam seawal bulan Mac 2015 dan selewatnya bulan Mei 2015 jika tiada apa yang menghalang.
- Pembinaan MSA mendapatkan bantuan dana kerajaan di persetujui Kewangan Kerajaan Negeri Selangor dan pembinaan MSA akan selia sepenuhnya oleh JKR.
- Pihak JAIS bersetuju membawa ke Jabatan UPEN untuk mempercepatkan proses pembinaan MSA.
- Mengedar tabung dana pembinaan MSA ke 12 Restoran di Bandar Setia Alam, Stesen Minyak dan mendapat kerjasama Masjid-masjid sekitar.
- Memasang papan tanda baru di tapak MSA.
- Program Dana Masjid di tapak Masjid pada bulan Disember 2014.




Mesyuarat Pembinaan Masjid Setia Alam

Mesyuarat di Pejabat Darul Ehsan mengenai Pembinaan Masjid Setia Alam bersama pihak JKR Negeri Selangor, MBSA, dan Kerajaan Negeri. Mendapat bantuan kerajaan dan pembinaan MSA akan di selia sepenuhnya oleh JKR Negeri.

Tuesday 28 October 2014

Menanda Arah Kiblat

Alhamdulillah, Jabatan Mufti Selangor telah menerima permohonan AJK Pembinaan Masjid Setia Alam bagi menandakan arah kiblat di tapak pembinaan Masjid pada 11.30 pagi 28/10/2014.






Thursday 23 October 2014

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Setia Alam

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid Setia Alam 20/10/2014
Antara yang di mesyuaratkan :-
-Penubuhan AJK Kecil yang baru (Pembinaan, Dana dan Sekretariat).
-Status tarikh kelulusan pembinaan dar MBSA untuk menjalankan kerja-kerja awal.
-Mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Shah Alam.
-Membincangkan pembukaan tender.
-Mengadakan aktiviti berterusan di tapak Pembinaan Masjid untuk menambah dana seperti Kabut Sale.

Sumber dari MSA at Surau Jamek As Salam, Setia Damai.



Friday 17 October 2014

Pembinaan MAsjid Setia Alam 2

Alhamdulillah, Kali ini AJK Pembinaan Masjid Setia Alam telah bertemu dengan Menteri Besar Selangor Tuan Mohamed Azmin Ali di Masjid Kampung Raja Uda Port Klang bagi menyerahkan profail dan penerangan ringkas berkenaan usaha pembinaan Masjid Setia Alam. YAB MB memberi maklum balas yang amat positif, kebetulan ucapan beliau sebelum pertemuan AJK adalah menyentuh soal penambahbaikan masjid-masjid di Negeri Selangor. AJK Pembinaan Masjid Setia Alam akan mengadakan lawatan susulan ke Pejabat MB Selangor bagi memberi penerangan dan kertas kerja yang lebih terperinci. Insya Allah dengan sokongan MB Selangor, pembinaan Masjid Setia Alam akan berjalan dengan segera dan lancar.
Sumber dari MSA at Kampung Raja Uda Port Klang.



Pembinaan Masjid Setia Alam

Alhamdulillah, AJK Pembinaan Masjid Setia Alam telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YB Ir Iskandar Samad selaku (EXCO Perumahan,Pengurusan Bangunan & Kehidupan Bandar) bagi membincangkan hal berkaitan pembinaan Masjid Setia Alam. YB EXCO memberi maklum balas yang positif. Lawatan susulan akan di buat selepas ini dengan kertas kerja yang lebih terperinci. Turut sama dalam perbincangan ialah Dato' Kamarulzaman Jamil (Pengarah Tanah & Galian Selangor).

Sumber dari MSA
 — at SUK Selangor



Monday 30 June 2014

Program Ramadhan Masjid Setia Alam 2014/1435.

Tarikh : 2/7/2014

Tempat : Tapak Pembinaan Masjid Setia Alam.

Aturcara : Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Sunat Terawih (BERJEMAAH) dan Tazkirah Khas Ramadhan.

Tetamu Jemputan : Imam Jemputan dari Yemen dan Ustaz Dr Zahazan Mohamed.

Seluruh Kariah di jemput hadir beramai-ramai.

Tuesday 24 June 2014

Mesyuarat AJK Pembinaan Masjid dan Penganjur

Mesyuarat berkenaan program yang akan di adakan pada bulan Ramadhan antaranya 
mengadakan bazaar Ramadhan dan lain-lain. 
Tempat : Momento Cafe Setia Indah X




Friday 23 May 2014

Skuad Nahi Mungkar Bandar Setia Alam - Pencegah Maksiat

Kit Rasmi Skuad & MPV Rondaan

MPV Rondaan

Skuad Nahi Mungkar Bandar Setia Alam - Pencegah Maksiat

Kit Rasmi Skuad dan MPV Rondaan

MPV Rondaan

Skuad Nahi Mungkar Bandar Setia Alam - Pencegah Maksiat

Sila laporkan dan memberi maklumat sekiranya :-

- Muslim yang meminum arak di tempat awam.
- Pasangan Muslim berkelakuan tidak bermoral di tempat awam.
- Pasangan Muslim berdua-duaan di tempat sunyi 
- Pasangan Muslim duduk terlalu lama di dalam kenderaan (parking lot).
- Muslim yang makan di tempat awam pada bulan Ramadhan.
- Pasangan Muslim yang bersedudukan.
- Masalah Sosial remaja Muslim.

Hotline Skuad Nahi Mungkar : 017 - 301 7882 (24 JAM)
Penguatkuasa JAIS : 1800 88 2424 (24 JAM)

(BERSAMA MEMBANTERAS MAKSIAT)

Wednesday 21 May 2014

SKUAD NAHI MUNGKAR (PENCEGAH MAKSIAT)


BANDAR INI DALAM PENGAWASAN 
SKUAD NAHI MUNGKAR SETIA ALAM (PENCEGAH MAKSIAT)

SILA LAPORKAN DAN MEMBERI MAKLUMAT DI
                                                  HOTLINE SKUAD :   017 - 301 7882 (24 JAM)                                                                        

Sunday 20 April 2014

Forum Perdana (Dana Wakaf Pembinaan Masjid Setia Alam) 19/4/2014

Harta, Yang Mana Milik Kita?

Ustaz Uda Kassim, Imam Muda Jabbar dan Ustaz Muhammad Shukri Idris

PERSALAM, SURAU-SURAU SETIA ALAM, AJK PEMBINAAN MASJID SETIA ALAM