Persediaan Majlis Pecah Tanah Sabtu ini. Perbincangan dan pertemuan bersama Pihak JKR Daerah Petaling, Alizar Architect,Kontraktor, Konsultan dan AJK MASJID.
14/4/2017 AJK pembinaan Masjid bersama pihak JAIS telah bermesyuarat penyelarasan majlis pecah tanah pembinaan Masjid Setia Alam yang akan berlangsung pada 22 April 2017. Selepas mesyuarat semua AJK dan JAIS turun ke tapak masjid untuk mengatur posisi khemah dan acara pecah tanah. Semoga apa yang dirancang mendapat rahmat dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
Mesyuarat Persiapan Majlis Pecah Tanah Masjid Setia Alam. 11 April 2017 di Surau An Nur Setia Eco Park. Kehadiran AJK Pembinaan Masjid dan wakil Surau-surau Kariah Setia Alam. Majlis Pecah Tanah akan berlangsung pada 22 April 2017 Sabtu jam 9.00 pagi di Tapak Masjid. Moga Allah permudahkan urusan majlis tersebut. Semua dijemput hadir.
Majlis pecah tanah akan di adakan pada 22/4/2017 Sabtu pagi. Majlis akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Azmin Ali (MB SELANGOR). Seluruh kariah di jemput hadir memeriahkan majlis.